Jenis Air mata

Terdapat tiga jenis air mata diketahui mengikut fungsi: air mata dasar, air mata refleks dan air emosi:[8]

Air mata dasar (basal tears)

Mengandungi air, mukin, lipid, lisozim, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobulin, glukosa, urea, natrium dan kalium membasahkan kornea serta melincirkan mata daripada terkena debu habuk. Sebilangan bahan dalam cecair lakrimal seperti lisozim melawan jangkitan bakteria dengan melarutkan lapisan luar peptidoglikan bakteria tertentu.

Air mata refleks (reflex tears)

disebabkan kerengsaan mata terkena bendasing atau adanya bahan kimia tertentu (seperti wap bawang, minyak wangi, gas pemedih mata, semburan lada) pada kawasan sekitar mata, termasuk kornea, konjunktiva, atau mukosa hidung. Ia juga dikaitkan dengan perlakuan muntah, batuk, dan menguap.[7]

Air mata emosi (emotional tears)

Dikeluarkan akibat stres emosi kuat baik baik kerana ditimpa penderitaan, kemarahan mahupun kesenangan (yakni menangis gembira) atau ketawa kuat.